Umum mengetahui kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila sudah pun berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Keberangkatan Nabila ke Makkah sejak semalam turut ditemani anak lelakinya, Jebat Jayden, ibunya, Datin Noor Kartini dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian netizen adalah kehadiran bekas suami kepada Nabila iaitu aktor Sharnaaz Ahmad yang berkesempatan melawatnya di kediaman sebelum berangkat ke Makkah.

Malah, aktor berusia 37 tahun itu turut memuat naik satu ucapan di laman Instagram miliknya buat anak tercinta dan bekas isterinya itu.

“Selamat menunaikan ibadah umrah anak baba (Sharnaaz), permata baba, buah hati baba, best friend baba, nyawa baba Jebat Jayden. Rindu my boy sekarang.

“Thank you mummy Nabila bawa Jebat ke tanah suci, semoga bertambah rezeki amin,” tulisnya.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Sharnaaz dan Nabila yang bertindak profesional biarpun umum mengetahui mereka sudah berpisah.

“Full respect dekat mamu dan Nabila, demi anak mereka tak bermasam muka. Masih berkawan baik, kalian memang terbaik,” komen seorang wargamaya.

“Mafia-mafia mamu pun, tanggungjawab tak pernah lupa,” ujar seorang warganet.

“Suka tengok silaturahim antara Sharnaaz dan Nabila ini, alhamdulillah,” komen seorang netizen.

Untuk info, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum mereka sah bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Dua tahun kemudian, Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkenal Engku Emran pada Mac 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.