Laman Utama
"Meletup Kepala Kalau Dapat Pekerja Neraka" - Fynn Jamal Kongsi Perangai...
Bekas penyanyi dan kini bergelar usahawan, Nur Affina Yanti Jamalludin atau lebih dikenali sebagai Fynn Jamal berkongsi tentang cabaran menjadi seorang majikan dalam perniagaannya.
Perkongsian dan luahannya itu diceritakan dalam satu entri di Instagram miliknya.
"Dari orang yang tak pernah ada cita-cita nak jadi boss tapi Allah takdirkan jadi jugak seorang majikan; aku nak berpesan. Kepada kalian-kalian yang mengharap nak jadi boss satu hari nanti untuk difikir-fikirkan.
"Tak senang jadi boss. Berniaga sendiri, senang. Skala kecil. Takde pekerja. Senang. Hati lapang. Jadi boss? Meletup kepala. Nak-nak kalau dapat pekerja neraka," tulisnya.
Tambah Fynn, lebih mencabar apabila dia sebagai majikan perlu mematuhi undang-undang dan mengawal setiap tindakannya.
"Susah jadi boss kalau kau jenis boss yang ikut undang-undang, pikir 1000 kali nak tepuk muka orang walau orang yang sama dah buat pelbagai pesen kejahatan atas kau dan kompeni kau.
"Sebab undang-undang kat malaysia ni memang pro pekerja. Sebab pekerja adalah majoriti. dan hak rakyat perlu dijaga. Kalau dulu aku ada juga tanya jenis-jenis boss langgar law ni tak takut Allah ke main ikut kepala?
"Sekarang dah jadi majikan, demi Allah ada masa aku rasa ok sekarang aku paham dah kenapa. tapi tak baloi. Tak baloi neraka. haha," tulis Fynn.
Menurut Fynn lagi, biarpun ada pekerja yang pernah 'ditangkap' kerana menipu, dia tidak boleh untuk membuang pekerja sesuka hati.
"Bayang la. Staff kantoi menipu pun tokleh terus buang. Warning dulu. itu pun lepas effort tegur tanpa warning berkali-kali barulah boleh keluar surat. Kantoi taik dadah. Kena ada bahan bukti. kena pujuk suruh berenti.
"Ha ah. Memang ramai pulak chai ganja kat kubikel dia. staff kelepet duit. staff hasut-menghasut. staff mengelat OT. fuh. macam-macam weh yang kalau ikut hati gangster kita memang settle tepi je.
"Malangnya ini malaysia. SOP ada. kena ikut juga. Kadang-kadang aku buat sesi isu staff dan majikan kat ask. 90% memang staff cerita majikan jahat. ironinya, taip masa waktu kerja.
"Fonda2 dan geng2 hasut berhenti makan gaji selalu cakap point 'marilah jadi boss utk anak2 kita'. Tak cerita pun bahagian jadi boss boleh mental— yang mental sama— anak-anak kita," tulis Fynn lagi.
Tambahnya, bukan senang untuk mencari mereka yang sanggup bersama untuk menaikkan syarikat.
"Nak cari SATU manusia yang sekepala dengan kita untuk dijadikan pasangan pun susah, nak cari sekapal untuk dibuat kompeni? KAHHH!!
"Tapi memang ada. Alhamdulillah Allah izinkan kami di FynnTri Sdn Bhd utk jumpa each other. Tapi hopkos. Nak jumpa 1 permata kena celup lumpur jugak la cerita dia. Hadap selut baru dapat jumpa. Tu pun tak janji ada.
"And naturally, selut debu semua tu, mana mungkin nak kabo yang dia diberhentikan sebab menipu mendadah mengelepet bagai. End up yang salah boss juga. Cakap pasal ni takkan habis. Boss ke staff, mana lagi menang? SEMUA takut Allah orang buat apa pun amanah je. Senang," tulis Fynn mengakhiri tulisan pada entri tersebut.