Laman Utama

Melly Goeslaw Dituduh Sondol Rumah Tangga, Curang Dengan Polis

gempak
Maliah Surip
15/11/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Melly Goeslaw Dituduh Sondol Rumah Tangga, Curang Dengan Polis
Peminat Melly Goeslaw sedang dikejutkan dengan sebuah berita yang dianggap tidak wajar.
Pesohor dunia seni Indonesia tersebut dituduh pernah menjadi penyondol dan berlaku curang dengan seorang polis sehingga membuat isteri kakitangan kerajaan tersebut diceraikan.
Khabar itu disampaikan secara langsung menerusi video oleh wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa Melly dan bekas suaminya, Masnawati Masud.
Masnawati Masud mengaku telah mencuba dengan pelbagai cara untuk menghubungi Melly namun tidak pernah dilayan.
“Saya Masnawati Masud. Saya membuat video ini karena saya sulit menghubungi saudari Melly Goeslaw. Segala upaya saya sudah tempuh,” katanya terkait isu selingkuh Melly Goeslaw.
“Semoga saudari Melly Goeslaw melihat pesan saya ini, agar beliau berkenan bertemu dengan saya perihal urusan kita yang belum selesai. Terima kasih,” ujar wanita itu seperti dilaporkan media tempatan.
Masnawati mendakwa isteri Anto Hoed itu pernah menjalin hubungan dengan bekas suaminya 15 tahun lalu.
Meski tidak pernah ‘menangkap’ keduanya namun dia percaya Melly adalah wanita yang menjadi punca dirinya diceraikan dan berpisah dengan anak-anaknya.
Namun tindakan Masnawati mendapat kecaman dalam kalangan peminat Melly kerana menyifatkan dirinya sengaja mencari publisiti murahan.
Tindakannya juga dipersoalkan kerana baru membuka isu yang belum sahih tersebut selepas 15 tahun bercerai. Ia dianggap sebagai tempoh yang sudah ‘basi’ kerana perlu 15 tahun untuk meminta Melly membetulkan keadaan.
Sementara itu pihak Melly belum memberi sebarang kenyataan mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

BERITA TRENDING: Bantu Palestin, Melly Goeslaw Kumpul Puluhan Ribu Hasil Jualan Preloved

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live