Hiburan
"Melompat Kalau Lalu Tengah Malam" - Billboard Misteri Dilaila Di Lebuh Raya Jadi Perhatian Netizen
Papan iklan filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, Misteri Dilaila yang dipasang di sekitar lebuh raya utama ibukota menjadi buah mulut netizen.
Mana tidaknya, iklan papan tanda besar yang menyeramkan itu sedikit sebanyak mampu menyuntik rasa seram terutama pada waktu malam.
"Melompat kalau lalu tengah malam. Terus tengok seat belakang," tulis @hafizlatif90.
"That advertisement could cause accidents u know," tambah salah seorang pengguna lain berseloroh.
Komen itu ditulis menerusi sebuah entri yang dimuat naik pelakon utama Misteri Dilaila, Sasqia Dahuri di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi iklan beberapa saat di papan tanda elektronik itu, imej poster utamanya disunting dalam format video yang menyeramkan.
Iklan itu diakhiri dengan salah satu babak hantu menyergah yang dipetik daripada filem seram thriller itu.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.
Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.
Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.
Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.