Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Melting, Berbunga-Bunga Hati” - Wawa Zainal Teruja Pertama Kali Terima Kad Ucapan Hari Ibu

Azwa Rahman
07/05/2021 08:41 MYT
Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa terharunya apabila pertama kali menerima kad ucapan bersempena dengan sambutan hari ibu.

Menerusi laman sosial Instagram, Wawa berkongsi kad ucapan terssbut untuk tatapan umum.

“Ohhh melting. My first year anak ucap selamat ibu. Seronoknya, berbunga-bunga hati. Ibu-ibu memang camni eh,” tulis Wawa di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, kad ucapan yang ditulis di dalam buku oleh dua orang anaknya, Attar dan Hayla turut dihiasi dengan lukisan wanita serta hati.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan Attar dan Hayla yang kreatif membuat kad ucapan untuk ibu mereka.

Ada juga yang tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat hari ibu pada Wawa.

Alaa benci. I rasa i pun senang emo lepas jadi mak orang. Sweetnya! Tak sabar tunggu my turn,” komen pelakon Ramona Zamzam.

Kenapa sorang panggil mommy, sorang panggil mama?” usik seorang wargamaya.

Alalala so sweetnya dua beradik ni,” kata seorang wargamaya.

Memang berbunga bila anak wish, kalau puji masakan pun sama melting, walaupun tahu takde la sedap mana pun,” ujar seorang wargamaya.

Kiut Attar ni, lukisan kartun paling mudah, bentuk lidi. Buat kaki, tangan, rambut pastu siap,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto kad ucapan tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Wawa, 29 dan suami aktor Aeril Zafrel, 33, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Hari Ibu #Anal selebriti
;