Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Melting Habis! Minggu Jejaka Kacak Hati Yang Dikhianati, Korang Team Siapa?

Amri Hassan
27/11/2021 05:17 MYT
Kepada pengikut setia Hati Yang Dikhianati yang kini Kembali dengan lebih drama, pasti ramai yang geram dengan perangai Maria dalam episode 62.

Entah apalah perasaan Iskandar kalau tahu segalanya nanti kan?

Tapi minggu ini dan minggu hadapan penuh dengan dugaan untuk keluarga Iskandar ini;

1) Lisa & Samir

Macam manalah Lisa terus hidup dengan kebenaran tentang Maria dan Elyas, tambahan pula isteri Dr Aman pernah menuduh Lisa cuba mengorat suaminya.

Eh, Samir tu buat apa di sana? Episod berapa ni?



Samir ni ada rancangan apa? Mesti dia nak buktikan pada bapa dia yang dia lebih bagus dari Elyas kan?

Lagi handsome dari Elyas tu sudah pasti, tapi lagi bagus? Ada penonton yang tak setuju?



2) Iskandar & Maria

Bila Datuk Ghafar terserempak dengan Iskandar dan Maria dan bayar makan malam mereka, Maria sedar Datuk Ghafar kini dah kenal suaminya. Macam mana maria nak cuba simpan rahsia mereka?



3) Adam & Syaz

Adam ni tak tahu ke Syaz dah kahwin? Tapi bab hati yang dah berkenan mungkin susah untuk kita faham. Syaz pulak kena buat promo untuk syarikat “undergarment”. Ish Awkward!

Macam manalah Imran kalau tahu semua ni?



4) Baby & Syafiq

Our favourite couple is finally a couple? Tapi asyik gaduh je ni? Baby ni sedar tak yang TJ jahat tu makin dekat dan akan buat apa sahaja untuk musnahkan mereka berdua?



5) Air Mata Dr Aman

Sayu hati tengok air mata seorang bapa, bila dengar suara anak kandung dia selepas bertahun tahun. Tapi kenapa Dr Aman ni menangis? Siapa yang dia tengah call tu?



Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar dan Mia Nasir.

Drama adaptasi telenovela popular Mis Tres Hermanas itu disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.
#Viral #Amar Baharin #Drama #Handsome #Fendy Bakri #Hati Yang Dikhianati #Isyariana #Malek Mccrone