"Memandangkan Saya Yang Discover Virus Ini, Jadi Saya Namakan Ia Virus Ketum 2020" - Zul Ariffin Perli Siapa?
Badrul Hashim
01/04/2020 00:30 MYT
01/04/2020 00:30 MYT
Boleh dikatakan jarang sangat pelakon kacak Zul Ariffin berkongsi kata-kata di laman sosial miliknya.
Kecuali jika ada sesuatu yang penting, tulisannya ringkas sahaja pada setiap entri yang dimuat naik ke Instagram miliknya.
Namun ada sesuatu yang kelakar dan sinis apabila Zul secara tiba-tiba menulis tentang 'virus' terbaru yang dikatakan ditemuinya.
"Untuk elakkan jangkitan Covid- 19 kena 'stay at home. Saya sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan bangga melihat bagaimana negara menangani krisis ini terutamanya pihak kerajaan dan barisan hadapan (frontliners)," terpapar tulisan pada entri di Instagram Zul.
Tambah Zul, berlainan pula apabila dia membuka media sosial kerana secara diam-diam ada virus yang menular dan tidak dapat dipastikan asal usulnya.
"Tapi bila bukak social media, rupanya quietly ada virus yang menular, saya tak pasti dari mana asalnya, masih dalam siasatan.
"Memandangkan saya yang pertama discover virus ini, jadi saya namakan ia virus 'KETUM 2020'", tulisnya.
Tidak ramai yang tahu apa yang dimaksudkan oleh Zul Ariffin pada statusnya itu, tetapi ada yang mengaitkan tentang perbalahan sesama artis yang seolah-olah menjadi virus pada saat ini.
"Ketepikan jenaka, marilah kita sama-sama membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, bantu sesiapa yang perlukan bantuan. Jaga keselamatan semua," tambah Zul lagi.
Ramai peminat yang mengharapkan agar Zul Ariffin tidak terpalit sama dengan kencah virus yang diperkatakannya itu.