,
Berita

"Memang Ada Keinginan Nak Kembali Berambut Panjang Tapi ....." - Ara Johari Akui Ada Sebab Berambut Pendek

Rozaimi Zubaidi
07/06/2019
09:45 MYT
Penyanyi Ara Johari mengakui belum bercadang untuk tampil dengan imej berambut panjang.
Menurut Ara, dia selesa dengan imej sekarang dengan berambut pendek dan akan kekalkan imej tersebut buat masa sekarang.
"Memang ada keinginan nak kembali berambut panjang tapi buat masa ini saya masih lagi mengekalkan imej berambut pendek.
"Saya mempunyai sebab tersendiri kenapa masih kekalkan dengan imej berambut pendek kerana saya nak kekal dengan imej sewaktu keluar single Warkah Untukku sebaik keluar daripada Akademi Fantasia.
"Mungkin selepas ini saya akan berambut panjang tetapi tak tahu lagi bila.
"Apa-apa pun saya selesa dengan imej sekarang," katanya kepada Astro Gempak.
Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Ara bersama Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah iaitu Sempurna Seadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.