Laman Utama

“Memang Ada Real Flowers & Ranting Kayu Yang…” - Aina Abdul Kongsi Kisah Busana Pokok & Piala

gempak
Syafiqah Jalal
07/03/2022
00:49 MYT
Sponsor Banner
“Memang Ada Real Flowers & Ranting Kayu Yang…” - Aina Abdul Kongsi Kisah Busana Pokok & Piala
Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi busana penyanyi, Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) menjadi tular dan diperkatakan di media sosial malam tadi.
Mengenakan busana seperti pokok penuh bunga-bungaan dari kepala ke hujung kaki, Aina menjelaskan maksud bajunya untuk persembahannya Nafas Cinta bersama Khai Bahar. Baju itu direka khas oleh Melinda Looi.
“Sebenarnya Melinda banyak membantu saya dalam memberi idea kepada busana ini selepas saya beritahu saya mahu sesuatu yang ‘bloomy’ sesuai dengan lagu ini.
“Kalau nak tahu pada busana saya terdapat juga ‘real flowers’ dan ranting-ranting kayu dicampur dengan bunga artificial di atasnya,” katanya kepada Gempak selepas AJL 36 malam tadi.
Selain busana bunga-bungaan, satu lagi busana yang tular adalah ketika dia tampil untuk persembahan Sepi turut tular kerana disamakan ia dengan bentuk trofi.
Mengaku ia berkonsepkan piala, Aina memberitahu busana itu memberinya semangat sebagai juara.
“Ia inspirasi dari bentu piala atau trofi seperti Grammy Awards dan sebagainya.
“Jika saya tak menang pun sekurang-kurangnya ia membuatkan kita rasa seperti juara,” jelasnya.
Aina merangkul dua anugerah di AJL 36 iaitu Vokal Terbaik untuk persembahan lagu Sepi dan Anugerah Penyanyi Pilihan Popular menerusi lagu Nafas Cinta bersama Khai Bahar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live