Penyanyi, Amira Othman bakal berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama Wany Hasrita hari ini.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Amira menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Amira menerusi entri tersebut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

“Assalamualaikum. Saya dan @wanyhasrita Insya-Allah akan berangkat menunaikan fardhu haji sekejap sahaja lagi.

“Mohon doakan kami, juga saya memohon maaf jika punya salah dan silap. Memang betul-betul ajaib cerita kami ke haji ni tapi semua Allah atur.

“Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur. Mohon doa kami selamat pergi selamat pulang. Insya-Allah,” tulisnya

Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah ❤️

A post shared by #sambil (@amiraaothman) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan artis juga tidak ketinggalan mendoakan Amira dan Wany sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya dipermudahkan.





Terdahulu, rakan baik Amira, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia seolah tidak percaya akan menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana baru sahaja menerima tawaran dan membuat keputusan di saat akhir.

BACA: "Insya-Allah Berangkat Esok" - Wany Hasrita Bakal Tunaikan Haji