“Memang Ajaib Cerita Kami, Mohon Maaf Salah Silap” – Amira Othman Berangkat Tunai Haji Bersama Wany Hasrita

Mya Amri
Ogos 7, 2019 09:23 MYT
Penyanyi, Amira Othman bakal berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama Wany Hasrita hari ini.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Amira menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Amira menerusi entri tersebut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
“Assalamualaikum. Saya dan @wanyhasrita Insya-Allah akan berangkat menunaikan fardhu haji sekejap sahaja lagi.
“Mohon doakan kami, juga saya memohon maaf jika punya salah dan silap. Memang betul-betul ajaib cerita kami ke haji ni tapi semua Allah atur.
“Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan dan mendapat haji yang mabrur. Mohon doa kami selamat pergi selamat pulang. Insya-Allah,” tulisnya
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan artis juga tidak ketinggalan mendoakan Amira dan Wany sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya dipermudahkan.
Terdahulu, rakan baik Amira, penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dia seolah tidak percaya akan menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana baru sahaja menerima tawaran dan membuat keputusan di saat akhir.
BACA: "Insya-Allah Berangkat Esok" - Wany Hasrita Bakal Tunaikan Haji
#Amira Othman #Wany Hasrita