GAYA HIDUP
Memang Best... Ini Senarai 5 Taman Tema Menarik Di Jepun!
Selain budaya dan keunikan masyarakat, negara Jepun menyajikan pelbagai keindahan untuk pelancong yang berkunjung.
Selain destinasi yang menarik perhatian, negara matahari terbit ini juga terkenal dengan taman tema yang menarik!
Kali ini, Gempak senaraikan lima taman tema menarik di Jepun!
1. Universal Studios Jepun

Dibuka pada tahun 2001, taman tema ini merupakan taman tema Universal Studios yang pertama pernah dibuka di luar wilayah negara Amerika Syarikat.
Apa yang menggamit perhatian pengunjung, taman tema ini menyediakan lebih 18 tarikan permainan yang best!
2. Tokyo Disneyland

Dibuka pada tahun 1983, taman tema ini memang sesuai untuk kanak-kanak dan menyediakan pelbagai tarikan yang menarik.
Ia dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema iaitu World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey's Toontown.
3. Tokyo Disneysea

Mula dibuka pada tahun 2001, ia menjadi pilihan pelancong dewasa berbanding Tokyo Disneyland yang lebih menarik rombongan pengunjung yang mempunyai pelancong kanak-kanak.
Jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke sana kerana jenama Disneysea ini hanya berada di Tokyo sahaja!
4. Tokyo Joypolis

Tokyo Joypolis ini merupakan taman tema 'indoor' popular di negara matahari terbit itu.
Terletak di Odaiba, Tokyo, taman tema ini menyediakan permainan canggih dengan teknologi moden untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang menaikkan adrenalin!
5. Fuji Q Highland

Terletak di kaki bukit Gunung Fuji, taman tema ini unik kerana ia terkenal dengan empat permainan roller coaster yang memang best!
Pilih sahaja mana satu yang anda suka, antara Eejanaika, Takabisha, Dodonpa dan Fujiyama atau anda boleh merasakan kesemuanya sendiri. Ia pastinya menarik!
Kredit foto: Klook, ABS CBN, LittleDayOut.com
Must-Watch Video