Astro kini mengembangkan perkhidmatan penstriman dengan membawa aplikasi Viu yang dipenuhi dengan hiburan Asia ke platform kami.
Para pelanggan Astro kini boleh mengakses Viu di pelbagai skrin termasuk Ultra Box untuk rancangan popular termasuk drama Korea Taxi Driver 2 dan Delivery Man.
Manakala rancangan lain termasuk drama Thailand dan Indonesia, siri Viu Original, rancangan variasi Korea dan banyak lagi kandungan-kandungan tempatan yang akan datang turut disiarkan.
Sempena sambutan pelancaran ini, Astro juga memberi akses PERCUMA ke Viu Premium kepada semua pelanggan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023.
Para pelanggan boleh strim rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, The Secret Romantic Guesthouse, Bilik Tepi (tayangan perdana pada hari ini), Return Man, Mantan Tapi Menikah dan Boys Planet melalui Ultra Box mereka atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih Viu.
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, Viu merupakan penambahan terbaharu platform Astro kepada pelanggan.
“Sebagai penambahan terbaharu kepada platform Astro baharu kami, Viu akan menambah lagi kedalaman dan keluasan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium.
“Dengan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik yang bersiaran secara langsung, kandungan hit Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan serantau serta kandungan signatures Astro kegemaran semua, kami yakin Viu akan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan drama-drama Korea yang meluas dan siri original,” jelasnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, Janice Lee, pihak mereka berasa teruja dengan kerjasama Astro.
“Kami sangat teruja melancarkan kerjasama ini bersama Astro. Kerjasama ini mampu meluaskan kecapaian penonton untuk kedua-dua pihak di serata Malaysia.
“Dengan capaian meluas dan pangkalan pelanggan Astro yang utuh serta komitmen berterusan daripada Viu terhadap kandungan-kandungan untuk para penonton Malaysia.
“Kerjasama ini adalah penting untuk memajukan peningkatan pengguna dan penglibatan bagi kedua-dua perkhidmatan.
“Kami teruja untuk melihat para pelanggan Astro menjadi Viu-er baharu yang akan menikmati kandungan-kandungan kami dari seluruh Asia dengan drama seperti Viu Original Malaysia yang sedang trending, Nenek Bongkok Tiga dan Viu Original Korea, Taxi Driver 2 dan Delivery Man,” ujarnya.
Penambahan menarik Astro ini membawa kesinambungan kepada barisan aplikasi penstrimannya yang kukuh termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT.
Dengan matlamat untuk membawa lebih banyak hiburan dari seluruh dunia untuk dinikmati para pelanggan kami, Astro juga akan memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi aplikasi kepada platform kami tidak lama lagi.
Para pelanggan Astro boleh mula strim semua rancangan kegemaran mereka di Viu dengan membuka aplikasi tersebut di Ultra Box mereka.
Selain itu, mereka boleh klik “Pair Account” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk log masuk dengan ID mereka atau reka ID asas baharu dan pautkan akaun mereka dengan Ultra Box untuk menikmati Viu di laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih.
Kini, para pelanggan boleh menikmati Viu dengan semua peranti mereka.
Viu Premium berharga RM14.90/sebulan (RRP). Para pelanggan Astro boleh terus mengakses Viu Premium dengan menambahnya ke langganan mereka pada tawaran eksklusif selepas 8 Jun 2023.
Sila layari www.astro.com.my/viu untuk mendapatkan maklumat terkini tentang tawaran-tawaran lain.
Para pelanggan yang tidak mempunyai Ultra Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf ke Ultra Box dengan menghubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan kami di 03-9543 3838.
Mya Amri
Thu Mar 16 2023
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...