Laman Utama
Memang Best, Penonton Suka! Rumah No 107 Kini Kembali Dengan Musim Kedua
Selepas berjaya memambat hati penonton, kini program sketsa dan bual bicara komedi terbitan Astro Warna, ‘Rumah No. 107’ bakal kembali untuk musim kedua.
Masih lagi mengekalkan pemain utamanya pelakon Khir Rahman, Joey Daud, Ropie dan Vicha, namun untuk musim kedua ini, Rumah 107 menampilkan seorang ahli keluarga baru iaitu Shuk.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, Astro sentiasa menyusun pelbagai program penuh variasi bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa menginginkan sajian kandungan yang segar.
“Keputusan kami mengembalikan semula ‘Rumah No. 107’ ini setelah melihat kepada sambutan yang diberikan peminat pada musim yang lalu.
“Pengisiannya yang dilihat kreatif dan ‘luar dari kotak’ apabila mengangkat kisah-kisah inspirasi dan juga pengalaman barisan selebriti sebelum menempa nama dalam industri ternyata berjaya menambat hati peminat,” ujarnya.
‘Rumah No. 107’ bakal bersiaran sebanyak lapan episod ini akan menyaksikan penglibatan ramai nama-nama tersohor tanah air sebagai selebriti jemputan.
Antaranya Linda Onn, Halim Othman, Zamani, Ameng SPRING, Dato’ Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy, Abby Abadi, Didie Alias, Zizi Kirana dan Kumpulan ELITE (Watie, Azza, Linda Raafar), Catriona Ross, Zarina Zainuddin, Saiful Apek, Dato’ Chef Wan, Syanie, Nabilla Razali, Datin Marlia Musa, Angeline Tan, Dato’ Aznil Hj. Nawawi dan Awal Ashaari.
‘Rumah No. 107’ akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 4 Jun (hari ini), jam 9.00 malam di Astro Warna saluran 107 HD dan 127 SD.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, anda juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
'Rumah No 107 akan menemui peminat pada setiap hari Jumaat, mulai 4 Jun, jam 9.00 malam di Astro Warna saluran 107 HD dan 127 SD. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Rumah No. 107’ juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan platform On Demand.
Must-Watch Video