Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Memang Best! ZEE5 Dan Viu Kini Boleh Diakses Di Astro Ultra & Ulti Box

Mya Amri
07/04/2023 07:28 MYT
Berita baik untuk para pelanggan Astro, terutama sekali peminat ZEE5 dan Viu yang berpeluang mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin televisyen melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go bermula sekarang.

ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan televisyen paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.

Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka.

Antaranya drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.

Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netfl ix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.

Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara percuma sehingga 8 Jun 2023 di Box, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Boxdan strim semua rancangan kegemaran mereka.

Bagi para pelanggan, untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, caranya amat mudah. Hanya tekan “Home” pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan “Apps”.

Kemudian ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5.

Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!

Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5
#Viu #Ultra Box #Ulti Box #ZEE5 #Astro On The Go