Peminat kandungan hiburan Korea boleh menikmati tayangan perdana pelbagai drama, filem dan program variety di Astro melalui ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD) sepanjang September ini.

Antara rancangan menarik yang tersedia termasuklah program realiti percintaan I am Solo, yang dibarisi oleh Defconn, Song Hae Na dan Lee Yi Kyung (setiap Sabtu di ONE - saluran 393 HD) serta program realiti Street Women Fighter 2 yang menampilkan Kang Daniel, Shownu dan Monika (setiap Jumaat di tvN - saluran 395 HD).

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan program variety Walking Through The Village, yang menampilkan Gu Bon-seung pada setiap Ahad di tvN, saluran 395 HD.

Bagi peminat filem, jangan lupa saksikan Countdown yang dibintangi oleh Jin Sun Kyu, Sung Yu Been dan Oh Na Ra, pada 16 September, di tvN Movies, saluran 416 HD.

Manakala penggemar naskhah aksi boleh menonton The Point Men, menampilkan Hyun Bin, Hwang Jung Min, Kang Ki Young dan bakal ditayangkan pada 30 September, di tvN Movies, saluran 416 HD.

Penonton juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.