Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Memang Cuba Elak Media Sosial..." - Linda Jasmine Kekal Hubungan Baik Dengan Que Haidar, Lega Kisah Cerai Tak Kecoh

Mya Amri 11/01/2025 | 11:50 MYT
Guru tari profesional, Linda Jasmine tetap mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya, pelakon Que Haidar.

Berpisah cara baik Menurut Linda, 52, kehidupannya kini tidak banyak perbezaan dan berjalan seperti biasa walaupun selepas sah bercerai dengan Que tahun lalu.

“Sebelum saya kahwin dengan Que pun, saya sudah biasa seorang dan semua urusan saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tiada beza, sama sahaja.

“Tiada rasa gementar atau apa-apa sebarang masalah. Hubungan kami pun okay. Kami berpisah cara baik, Alhamdulillah,” ujarnya.
Linda berkata demikian ketika ditemui pada majlis anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.

Selesa tidak kongsi hal peribadi di media sosial

Dalam pada itu, Linda berkata dia dan Que lebih selesa memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.

“Memang saya cuba elak sebaik mungkin daripada apa-apa khabar berita di media sosial. Sebab bagi saya, itu adalah isu peribadi kami dan untuk apa saya nak kongsikan dengan semua orang?

“Jadi saya rasa tak perlu, bila berita itu (perceraian) keluar pun hanya kecoh sehari sahaja," ujarnya
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 namun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.
#cerai #Que Haidar #Linda Jasmine #Hubungan Baik
;