,
Hiburan

"Memang Dari Kecil Saya Mahu Ke Indonesia Untuk..." - Wani Kayrie

Asraf Aided
09/10/2018
12:33 MYT
Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie, 18 berkongsi beberapa persediaan akhir sebelum menyertai pertandingan Liga Dangdut Asia di Indonesia pada pertengahan bulan ini.
Menurut Wani, dia banyak membuat rujukan dengan menonton video program tersebut untuk mempelajari pelbagai perkara.
"Selain daripada berlatih menyanyi, saya juga banyak membuat rujukan dengan menonton video program tersebut untuk mempelajari aspek yang dimahukan oleh juri-juri di sana.
"Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik kerana sejak kecil saya memang bercita-cita mahu menyanyi di Indonesia, saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini," ujarnya.
Wani berkata demikian ketika ditemui di acara Gempak Movie Night Out tayangan filem Venom bertempat di GSC Quill City Mall pada malam tadi.
Wani telah memenangi tempat keempat di konsert akhir pertandingan Big Stage yang turut menampilkan Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan dan Baby Shima sebagai finalis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

gempak
29/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie, 24, akui tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan atau menamatkan zaman bujang.
Hiburan

Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”

gempak
16/05/2024
06:55 MYT
Susulan isu gerakan Blockout 2024, penyanyi Wani Kayrie menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata dalam memberikan sebarang komen.
Hiburan

Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

gempak
26/04/2024
01:55 MYT
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Hiburan

Wani Kayrie Tak Kisah Habis Beribu Ringgit Untuk Raya - “Ada Rezeki Lebih, Saya Belanja Keluarga Balik Sandakan”

gempak
11/04/2024
07:55 MYT
Alhamdulillah semoga murah rezeki Wani.
Hiburan

Wani Kayrie Tak Campur Hal Rumah Tangga Sepupu - “Kesal Isu Berlaku Beberapa Hari Sebelum Birthday Bella”

gempak
26/03/2024
08:30 MYT
Wani Kayrie harap urusan sepupunya, Bella Astillah dipermudahkan.