Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

Gempak
11/10/2024 00:59 MYT
Pempengaruh, Ina Naim menyarankan agar masyarakat melihat situasi yang berlaku kepada rumah tangga pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin sebagai satu pengajaran.


Jadi pengajaran


Ina yang juga isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di TikToknya.

"Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi, kita ini yang Allah tunjukkan benda ini, kita minta Allah lindungi kita daripada fitnah dunia dan fitnah dajal.

"Jauhkan kami daripada cinta dunia. Itu, Allah nak beri pengajaran kepada semua. Salah satu pengajarannya adalah, jangan cinta dunia.


"Kedua, jangan berhutang terutama hutang riba yang sentiasa dipaksa bayar. Itu akan membuatkan kita jadi tertekan. Kita ambil pengajaran dari situ, bukan kita komen," katanya.

Fazura, Fattah orang yang baik


Ina juga menjelaskan bahawa pasangan selebriti itu adalah orang-orang baik.

"Kalau dia (Fazura) sedar apa yang dia cakap, dia takkan cakap semua benda. Saya duduk dalam dunia ini, saya tahu. Dunia tipu-tipu.

"Saya bukan nak cerita, tetapi saya nak jadikan satu pengajaran untuk semua. Saya tengok, macam-macam orang komen dan ramai sokong Fattah Amin. Saya kena lihat dua benda. Memang Fazura dan Fattah orang yang baik.


"Cuma, apabila wartawan bertubi-tubi tanya soalan kepada dia, dia terlepas cakap benda itu. Itu yang jadi besar. Fattah Amin ini orang cerdik, dari keluarga berilmu, orang soleh dan solehah, ahli syurga," katanya.

Pasangan Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi Isnin selepas tujuh tahun berumah tangga.

Sumber: Harian Metro
#Fattah Amin #Fazura #Ina Naim
;