Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEGAR VAGANZA 7

“Memang ‘Feel’ Tak Sama Tapi…” – Peminat Tetap Bagi Sokongan Padu Kepada Bintang GV7 Walaupun Menonton Dari Rumah!

Fiza Kamarudin 16/10/2020 | 09:05 MYT
Tanpa peminat, siapalah selebriti, malah mereka jugalah antara sebab seseorang selebriti dapat terus bertahan dalam industri.
Sama seperti Gegar Vaganza (GV), kehadiran mereka untuk menonton persembahan bintang kesayangan secara ‘live’ tanpa jemu saban tahun juga, adalah faktor utama program realiti ini lebih havoc!
Bayangkan suasana di dewan tanpa sorakan dan tepukan daripada mereka? Pasti sunyi dan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada para bintang GV.
Kenapa? Kerana sorakan para peminat inilah yang menyuntik semangat buat para bintang, namun kali ini mereka terpaksa akur dengan keputusan produksi untuk tidak membenarkan penonton hadir pada malam konsert berlangsung, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Tapi…apa pula kata peminat yang terpaksa menonton GV7 di rumah? Jom kita dekati mereka dan tanya sendiri. Kalau anda penonton setia GV, anda pasti familiar dengan wajah-wajah kesayangan selebriti ini:
1) Diraf Dias
Sebagai rakyat malaysia, kita kena akur dengan keputusan kerajaan untuk membendung wabak Covid-19. Saya sebagai penonton GV yang setiap tahun menyokong di auditorium amat terkesan kerana GV ini lebih meriah kalau ditonton secara live sebab boleh enjoy. GV7 kali ini tiada penonton, mungkin kurang berserilah sikit. Tapi tak apa, tonton dari rumah pun kita anggap sahaja macam menonton di dalam dewan PICC!
Buat bintang GV7, buat yang terbaik, fokus pada persembahan dan anggap sahaja kami (peminat) peminat ada dalam dewan memberi sokongan.
Buat kak Rozita Izlyn, pukul habislah lagu hajat tu ok???
2) Norhizam Yusof
Saya bersetuju dengan tindakan pihak Astro yang menetapkan supaya tiada penonton/penyokong datang menonton secara live. Keputusan kerajaan kita perlu patuhi demi untuk sama-sama mengekang penularan Covid-19. Walaupun menyokong dari rumah, saya tetap akan terus menyokong GV7!
Ya, suasana semestinya berbeza. Kalau di dewan/auditorium kemeriahannya amat luar biasa sekali, dengan sorakan penyokong-penyokong tegar GV yang mewakili setiap artis bertanding. Fans juga ‘gila-gila’ beri sokongan dengan memakai baju yang berwarna-warni, tak boleh saya nak gambarkan kemeriahannya....Di rumah, sorakannya takkan sama seperti dalam dewan.
Apa pun saya nak ucapkan selamat berjaya kepada bintang-bintang GV7, teruskan buat yang terbaik walaupun tiada penyokong di depan anda. Ye lah kan, kadang-kadang sorakan dari penyokong ni lah buat semangat peserta GV up! Bayangkan saja kami ada di depan dan menjerit bagi sokongan!
Mudah-mudahan GV7 dapat dijayakan dengan baik sehingga ke penghujung/ pentas final!
3) Azaril Ameer
Sedih sebenarnya kerana kemeriahan lebih terasa apabila menonton secara langsung di dalam dewan. Namun kita terpaksa akur demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. Semoga pandemik Covid-19 ini segera berakhir.
Selamat berjuang kepada semua peserta GV7. Persembahkan sesuatu yang di luar jangkaan kerana GV7 bukan kecil-kecil pentas dan kami peminat industri hiburan tanah air akan terus menyokong kalian. Love GV7!
4) Faizul Anje
Saya sebagai salah seorang fans Linda Nanuwil FC terpaksa akur dengan seruan kerajaan untuk PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Memang suasana sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, namun untuk GV7 walaupun tanpa kehadiran penonton, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk menyokong dari rumah.
Kita masih boleh memberikan sokongan melalui group Telegram, buat ciapan di Twitter dan vote artis kesayangan tanda sokongan.
Kepada Linda Nanuwil, semoga terus melakukan persembahan yang terbaik walaupon tanpa kehadiran kami di PICC, kami akan tetap beri sokongan padu dari rumah!
5) Oma Apatcha
Disebabkan PKPB kita wajib menurut perintah kerajaan dan tahniah kepada pihak produksi GV7 dan Astro kerana cekap membuat tindakan. Walaupun ia akan memberi kesan dari segi kemeriahannya kepada GV7 kerana tiada penonton.
Tapi saya berharap agar setiap bintang GV7 dapat membuat persembahan yang terbaik dan boleh menghiburkan penonton di rumah. Anda semua still kena enjoy the performance, lakukan dengan sehabis baik kerana fans sentiasa bersama anda walaupun kami hanya berada di rumah saja untuk menyokong. Tunjukkan kelebihan yang ada, sebab fans dah lama menunggu saat bintang-bintang ini buat comeback, ini adalah peluang sekali seumur hidup buat mereka.

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

#Gegar Vaganza #GV7 #Peminat GV