Filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid mendapat banyak maklum balas positif penonton dan peminat karya tempatan.

Ramai yang tertarik dengan kisah yang ditampilkan dalam filem ini yang berkisar mengenai dua pasang kembar, Nuar dan Nur serta Balqis dan Qistina.

Pusaka mengisahkan seorang Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle telah menemui mayat dan seorang wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina), pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.

Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan dan kematian.

Walaupun merasakan dirinya semakin hilang pertimbangan disamping mempunyai permasalahan antara adik kembarnya Nur (Mimi Lana), dia harus menyelesaikan kes ini sebelum ada nyawa yang hilang.

Mengangkat hubungan antara pasangan kembar, Gempak sempat melihat reaksi netizen di laman sosial Twitter mengenai 'kembar'.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Pusaka yang telah meraih lebih RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan!

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.