Memang Gempak... Papar Kisah 2 Pasangan 'Kembar', Ini Pandangan Kembar Sebenar Mengenai Filem Pusaka!

Kamaruddin Razal
November 12, 2019 11:49 MYT
Filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid mendapat banyak maklum balas positif penonton dan peminat karya tempatan.
Ramai yang tertarik dengan kisah yang ditampilkan dalam filem ini yang berkisar mengenai dua pasang kembar, Nuar dan Nur serta Balqis dan Qistina.
Pusaka mengisahkan seorang Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle telah menemui mayat dan seorang wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina), pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.
Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan dan kematian.
Walaupun merasakan dirinya semakin hilang pertimbangan disamping mempunyai permasalahan antara adik kembarnya Nur (Mimi Lana), dia harus menyelesaikan kes ini sebelum ada nyawa yang hilang.
Mengangkat hubungan antara pasangan kembar, Gempak sempat melihat reaksi netizen di laman sosial Twitter mengenai 'kembar'.

Sumpah best gila pusaka ni?, aq kembar, aq agree dgn message yg dorng smpaikan? #PusakaChallenge

— fazrul aizat (@fazrul_41247) November 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@iSyafiqKyle cerita #Pusaka srs buat rasa dekat sangat sebab kita sama kembar beza 7 minit hiks??

— tyy? (@crysantenum) November 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tengok cito pusaka pasal kembar gak mari slaluh teringat ko kembar kito?

— ᴅɪyᴀ? (@diyaawis) November 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lepas tgk pusaka, rasa macam nak ada kembar, tapi macam impossible so kita tukar nak ank kembar since belah abah ada mak sdara yg kembar?#Pusaka

— A-N-A (@budakeciQ) November 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1st time tengok cite hantu yang banyak scene siang, cite Puaka namanya aka Pusaka. Tapi x bape paham kenapa dia perlu buat konsep cite pasal kembar tapi x bagi tau kenapa kembar dia pun kena kacau dgn hantu tu sekali. Klu ada sequel untuk explain cun juga.

— kantaben (@aidabasri22) November 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It's a wrap ?? kisah kes kembar yg dasyat sngat. Gempaakk weeyy.. PUSAKA, PUAKA, SAKA ?

— ツCiK MeLL (@syafiqahkamil_) November 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem Pusaka yang telah meraih lebih RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan!
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka