Hiburan
“Memang Jelas Perut Dah Ala-Ala Beruang Antartika” – Zizan Razak Akui Makin Berisi
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak akui dirinya kini semakin berisi.
Zizan memberitahu perkara itu menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya semalam.
Entri tersebut disertakan dengan sekeping foto yang merakamkan perubahan ketara bentuk badan Zizan selain perutnya yang sedikit buncit.
“Kalau dilihat dari angle ini memang jelas perut ku dah ala-ala beruang antartika. Dan aku perlu sedar yang memang aku perlukan gym dan basikal juga mengamalkan diet yang betul.
“Siapa yang boleh bantu Zizan dalam perkara ini, saya amat mengalukan-alukan. Any idea for my diet?” tulisnya.
Sebagai menunaikan permintaan Zizan, rata-rata peminatnya membalas dengan memberikan komen-komen lucu kepada artis kesayangan mereka itu.
Antaranya:
“Benda boleh gemuk, buat apa kurus”, “Cuba main kejar-kejar dengan angsa,” dan “makan penyapu lidi.”
Terdahulu, Zizan merupakan antara selebriti yang gemar berinteraksi dengan peminat selain meminda pendapat mereka menerusi media sosial.
Foto: Instagram @zizanrazak869
Must-Watch Video