Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) One Nation Emcees (ONE) mengakui menggunakan peranan seniwati Fauziah Nawi untuk memantapkan lagi persembahan mereka.

Pada konsert GV2019 minggu kelima, ONE menyanyikan lagu Anak dendangan asal Freddie Aguilar dan dinyanyikan kembali dalam bahasa Melayu oleh kumpulan Carefree.

Menurut Mimi Fly, selain mahukan semua penonton terhibur, mereka mahu menyelitkan satu mesej menerusi persembahan lagu Anak.

“Memang kami mengambil kesempatan terhadap situasi ibu Fauziah tetapi semua ini atas niat untuk kita semua memberikan sokongan kepadanya.

“Bila kami dapat lagu ni, kami mahu menyampaikan mesej kepada 1.3 juta penonton yang menonton GV2019.

“Mulut ni berat nak minta pada pihak Astro untuk bawakan ibu Fauziah sebab kami sendiri tak tahu ibu Fauziah bersedia atau tidak.

“Bila pihak Astro beritahu ibu Fauziah bersetuju, masa tu kami gementar. Bila dapat tu, kami yakin kita semua dapat rasa kisah ibu Fauziah yang syahdu dan sebak,” ulas Mimi kepada Gempak.

ONE ditemui selepas konsert minggu kelima yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Mimi lagi, ini merupakan satu lagu yang mencabar bagi setiap anggota ONE kerana masing-masing terkenangkan pergorbanan dan momen bersama ibu sendiri.

“Keadaan yang menimpa ibu Fauziah ni membuatkan kami mahu lebih menghargai ibu sendiri dan mesej itu yang kami nak sampaikan.

“Banyak yang kami belajar apabla bertemu dengan ibu Fauziah sebelum membuat persembahan. Apa sahaja yang ibu Fauziah ceritakan tadi, ini satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan,” ujarnya lagi.

Pada persembahan yang meruntun jiwa itu, mereka turut menampilkan anak allahyarham Pitt Haniff serta pelakon Ezzaty Abdullah.

Jangan lupa saksikan konsert kesembilan GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.