Penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa teruja apabila dapat merasai salji sewaktu bercuti ke Korea baru-baru ini.

Menurut Liza, dia tidak menyangka hasratnya untuk melihat salji turun di depan mata menjadi realiti.

Keterujaan itu dikongsi Liza menerusi sepotong video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya semalam.

Malam terakhir Di Seoul dapat rezeki merasa salji turun..... Subhanallah tak terjaga... memang kecoh jalan rumah Airbnb kami tu dengan suara Makcik ni hahahhahaha Alhamdulillah Tercapai impian walaupun sebentar cuma.. Alhamdulillah

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on


“Malam terakhir di Seoul dapat rezeki merasa salji turun... Subhanallah tak terjaga memang kecoh jalan rumah Airbnb kami tu dengan suara makcik ni hahahahahaha.

“Alhamdulillah, tercapai impian walaupun sebentar cuma… Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Liza juga turut berkongsi beberapa foto percutian bersama keluarganya khas buat tatapan peminat.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Liza sewaktu berada di Seoul:

Yeay!!!! Akhirnya jejak kaki ke Myeongdong Street Malam terakhir di Seoul.... nasib baik.... boleh papa Kalau ke sini awal awal.... bijak en somi menahan kami dari awal awal ke Myeongdong Street

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

My very own traffic light hihihi love you to bits kiddos.... balik Airbnb tadi kak long gelak besar sampai adik yg lain tanya dh kenapa.... kak long cakap... nak bukak sekolah dh weiiiiiiii ?? Nasib baik depa ingat ... selamat bersilat tahun 2020

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

Kak Ngah, pose jangan pandang kamera... pandang tower tu Photo bomber kat belakang tu Salahuddin... dia memang tunggu je, nampak muka dia... nampak? Geram je hihihi

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

Dia tak nak duduk stroller, sejuk. Jadinya Di kendong.... Carrier Boba ni banyak jasa ya, dari nak teruna saya Salahuddin, Ibrahim Dan sekarang Al Fateh... 8 tahun umurnya. Alah membeli menang memakai... so true.

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on