“Memang Kecoh, Alhamdulillah Tercapai Impian” – Comelnya Bila Liza Hanim Teruja Dengan Salji

Mya Amri
Januari 2, 2020 08:49 MYT
Penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa teruja apabila dapat merasai salji sewaktu bercuti ke Korea baru-baru ini.
Menurut Liza, dia tidak menyangka hasratnya untuk melihat salji turun di depan mata menjadi realiti.
Keterujaan itu dikongsi Liza menerusi sepotong video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Malam terakhir di Seoul dapat rezeki merasa salji turun... Subhanallah tak terjaga memang kecoh jalan rumah Airbnb kami tu dengan suara makcik ni hahahahahaha.
“Alhamdulillah, tercapai impian walaupun sebentar cuma… Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Liza juga turut berkongsi beberapa foto percutian bersama keluarganya khas buat tatapan peminat.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Liza sewaktu berada di Seoul:
#Penyanyi #Penyanyi #Seoul #Liza Hanim