,
Laman Utama

“Memang Kecut Perut Tapi…”- Mengaku Mengidam Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam

Syafiqah Jalal
10/03/2022
03:12 MYT
Pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan situasi sebenarnya selepas aksi melompat di kolam renang ketika sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman.
Elfira mengaku dia berasa mengidam untuk melakukan aksi melompat itu meskipun tahu ia agak berbahaya.
“Masa nak lompat memang fikir sama ada nak buat ke tak dan lihat macam dekat saja. Jadi untuk bekas athlete lompat jauh ni, saya rasa macam ‘kacang’ saja.
“Tapi bila sampai dengan memang kecut perut. Tapi rasa nak sangat, Rasa ‘nak’ yang macam orang mengidam nak makan sabun tu.
“Saya mengidam nak lompat ni sebab saya dah rancang lama. Tapi saya memang tak cadangkan buat sesiapa yang tak berani untuk lompat,” katanya.
Elfira menjelaskan perkara tersebut di Insta Story subuh tadi.
Semalam menerusi kemas kini di akaun Instagram milik Elfira, dia memuat naik video aksi melompat dari tengah kolam ke tepi kolam dengan memakai kasut tumit tinggi.
Menurutnya jika memikirkan tentang perkara buruk yang akan berlaku banyak sebab boleh terjadi.
“Kalau nak fikir ‘kalau jadi apa-apa macam mana’. Banyak lagi kalau nak jadi boleh terjadi. Jadi saya percaya Allah lindungi.
“Saya baca doa sebelum lompat tu (terima kasih sebab risau fasal saya). Bila dah buat barulah saya fikir kenapalah saya buat hehe,” kesalnya.
Dalam pada itu, Elfira sempat menjelaskan mengapa dia memilih memakai kasut tumit tinggi ketika hamil.
“Saya banyak tersadung jika pakai flats dan kasut sukan dari pakai kasut tumit tinggi. Sebab tu saya berlari memakai kasut tinggi bukan sandals. Kawan-kawan saya semua tahu.
“Jadi kasut tinggi yang kecil ini seperti kasut sandal bagi saya. Kita dibesarkan dengan cara berbeza okay,” ujarnya.
Semantara itu menerusi satu posting di insta story berikutnya Elfira sempat mengulas mengenai tindakannya yang mengundang kecaman orang.
“Fasal orang suruh saya bersedia dengan kecaman. Saya rasa kalau orang itu jenis suka cakap buruk fasal orang lain itu memang perangai semula jadi anda.
“Saya ada ramai kawan yang mengambil berat tentang saya dengan mengeluarkan kata-kata yang baik kerana mereka mengenali saya.
“Jadi saya tak kisah dengan kecaman. Saya pun dah tua. Tak kuasa dan nak kisah fasal mulut orang. Tu korang punya fasal lah,” tegasnya.
Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar