Hiburan

"Memang Kena Buat Lagu Melayu Sebab..." - Santesh

gempak
Asraf Aided
24/10/2018
08:21 MYT
Sponsor Banner
"Memang Kena Buat Lagu Melayu Sebab..." - Santesh
Penyanyi yang popular menerusi lagu Amalina, Santesh menjelaskan dia berasa selesa menghasilkan lagu dalam Bahasa Melayu walaupun Bahasa Tamil adalah bahasa utama pertuturannya.
Menurut Santesh, penghasilan lagu Bahasa Melayu amat bersesuaian dengan penerimaan masyarakat di Malaysia.
"Saya suka menyanyi lagu Melayu sejak kecil lagi, cuma sebelum ini saya masih belum bersedia sepenuhnya.
"Saya memang kena buat lagu Melayu kerana bagi saya ia sangat sesuai untuk didengari oleh masyarakat di negara ini," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Santesh bakal melancarkan single terbaru yang berjudul Mymuna tidak lama lagi.
Mymuna merupakan sebuah lagu sambungan kepada penceritaan dalam single Amalina dan masih dihasilkan dalam genre pop rock.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live