Masih ingatkah lagi tentang video viral seorang lelaki yang didakwa memecahkan tingkap kereta isterinya baru-baru ini?

Menerusi video yang dirakam dan disiarkan secara langsung oleh isterinya di akaun Facebook, suspek dilihat ingin menghulurkan wang kepada isterinya.

Namun, selepas tingkap dibuka sedikit, suspek berkenaan terus bertindak memecahkan cermin kereta isterinya.

Menerusi laporan Astro Awani, lelaki berkenaan telah pun ditahan oleh pihak berkuasa selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, serpihan kaca turut terkena kepada anak-anak mangsa menyebabkan mereka terkejut dan mengalami trauma.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati, kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) namun mangsa sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Tambah Ahmad Shukri, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian.

Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 17 Dis ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan. Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif.

Meninjau komen-komen di sosial media, ramai yang menyelar tindakan lelaki berkenaan dan menganggap ia perbuatan akibat bersikap panas baran.

“Memang la dia negative dadah. Tapi dia positif baran,” ujar seorang netizen dengan tegas.

“Kalau lelaki baran ni mohon dijauhkan dari jadi pasangan hidup. Ia satu benda yang susah nak ubah. Kalau mereka janji berubah, lebih kurang janji nak berhenti merokok lepas kahwin,” kongsi seorang lagi netizen.

“Tak ambik dadah pun dah baran macam ni, tak hiraukan keselamatan anak kecil kena kaca ke apa kat muka. Scary to imagine bila dia under influence,” lush seorang warga maya pula.

Sumber: Astro Awani