Laman Utama

“Memang Lawak!” - Baru Sehari Tayang, Arwah Pak Mat Lif & AJK Dan Nombor 1 Di Astro First!

Mya Amri
11/06/2021
06:45 MYT
Baru sehari ditayangkan, filem Pak Mat Lif & AJK karya pengarah dan pelakon Khir Rahman terus menangkap hati penonton.
Sebagai bukti, filem ini juga berjaya menduduki tangga pertama carta top 5 di Astro First hari ini.
Malah menerusi komen-komen di laman sosial pula, Pak Mat Lif & AJK ternyata mendapat respon positif penonton.
Tidak kurang juga ada yang menonton berulang kali!
“Dah tengok… Ulang banyak kali pun still gelak tak ingat,” komen @nina_mie
“Memang kelakar, semalam dah tengok,” tulis @syuhadarafien
Filem komedi ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Taukeh Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.
Istimewanya, kali ini penonton bakal menyaksikan sisi berbeza Joey Daud menerusi karakter Nordin. Meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, namun penyampaian karakter Nordin dilihat lebih serius.
Lebih seronoknya lagi, Arwah Pak Mat Lif & AJK ini mengangkat tentang nilai hidup berkomuniti disamping ada pengajaran yang cuba disampaikan.
Antaranya mengingatkan kesedaran tentang hidup majmuk, mengambil berat tentang jiran tetangga, sentiasa bersapa dan membantu antara satu sama lain agar tiada yang rasa keseorangan.
BACA: Filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, Kisah Lucu Komuniti Flat! Memang Lawak Habis -“Lif Rosak Satu Hal”
Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Berita ini turut disiarkan di AWANI 7:45, untuk menyaksikan, klik di sini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!