Instafamous yang berasal dari Korea, Maryam You Narae mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu selepas bersalin.

Maryam yang juga merupakan isteri kepada personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim ini mengambil keputusan untuk memotong rambutnya supaya kelihatan lebih kemas.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Maryam telah memuat naik video pendek merakamkan saat rambutnya dipotong.

Lebih comel lagi sewaktu rambutnya dipotong, Maryam menjerit kecil sambil mengucapkan “bye bye rambut saya.”

Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah gaya potongan rambut itu membuatkan Maryam kelihatan seperti pelakon Korea.

Rata-ratanya memuji Maryam kelihatan lebih cantik dan muda selain gaya potongan rambut itu sangat bersesuaian dengan wajah Maryam.

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Maryam dan Ryzal berkahwin pada 15 Ogos 2019.

Pasangan yang popular dengan gelaran DurianKimchi ini menimang cahaya mata sulung mereka, Rina pada 21 Oktober 2021.