Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Memang Malt-Lazatkan! Sesuai Untuk Semua, Susu UHT dengan Malt MARIGOLD Membekalkan Tenaga Sepanjang Hari!

Asraf Aided
11/12/2019 07:13 MYT
Siapa suka minum susu?

Pastinya ramai yang menjadikan susu sebagai minuman favourite kan?

Ramai orang yang suka minum susu, tapi tak tahu kelebihan yang ada dalam minuman itu.

Susu merupakan pembekal kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekuatan gigi dan tulang.

Kalsium merupakan salah satu elemen penting sewaktu pembesaran dari alam remaja sehingga menginjak ke usia emas.

Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanak-kanak. Pengambilan susu setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis ketika tua kelak.

Mengikut piramid makanan, jumlah sajian susu dan produk tenusu yang disyorkan adalah satu sehingga tiga sajian sehari.

Minuman malt pula merupakan salah satu sumber tenaga yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur, tak kiralah kanak-kanak, remaja sehingga ke dewasa.

Malt kaya dengan vitamin dan bagus jika diamalkan untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

MARIGOLD merupakan jenama terkenal pertama di pasaran yang memperkenalkan susu dengan malt!

Oleh itu, Susu UHT dengan Malt MARIGOLD sangat sesuai untuk dinikmati bagi mendapatkan nutrisi yang anda dan anak-anak perlukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang hari!

Inovasi terbaru ini dapat memenuhi gaya hidup dan keperluan pengguna yang kini mengutamakan cara hidup sihat.

Susu UHT dengan Malt MARIGOLD sesuai untuk semua golongan, tidak kira kanak-kanak, remaja dan dewasa kerana ia merupakan minuman tenaga yang penuh nutrisi!

Susu yang kaya dengan protein dan kalsium untuk membina tulang yang kuat serta badan yang sihat, ditambah pula dengan susu MARIGOLD UHT yang dipenuhi dengan keunikan formulasi BonePlus serta Vitamin D dan Ca untuk penyerapan kalsium yang baik. Susu UHT juga kaya dengan enam vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B12, C dan D3.

Malt pula kaya dengan vitamin, mineral serta asid amino yang menjana protein dalam badan. Malt juga membantu dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita sepanjang hari!

Semua kebaikan sudah tersedia dalam sekotak Susu UHT dengan Malt MARIGOLD yang sedia untuk diminum!



Apa tunggu lagi, dapatkan Susu UHT dengan Malt MARIGOLD yang datang dalam dua varian!

Jika anda seorang yang sentiasa sibuk atau mahu membekalkan minuman berkhasiat kepada anak anda, dapatkan pek yang mengandungi tiga kotak susu 200 ml (200 ml x 3 in a pack) kerana ia bakal memudahkan anda untuk menikmatinya secara ‘on the go’.

Jika anda mahu berkongsi khasiatnya dengan seisi keluarga di rumah, dapatkannya dalam varian pek yang mengandungi 1 liter susu.

Tingkatkan tenaga anda dengan minuman Susu UHT dengan Malt MARIGOLD yang Malt-Lazatkan!

Untuk segala info yang gempak mengenai Susu UHT dengan Malt MARIGOLD, layari laman Facebook MARIGOLD UHT Milk MY atau laman web www.marigold.com.my!

#Marigold