HIBURAN
Memang Mega! Selepas Nicholas Saputra, Melly Goeslow Jemput Aina Abdul Meriahkan Ada Apa Dengan Melly ‘Prom Nite’
Penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslow meluahkan rasa syukur apabila penyanyi, Aina Abdul bersetuju untuk bersama-sama menjayakan konsert konsertnya Ada Apa Dengan Melly ‘Prom Nite’ pada 31 Mei akan datang.
Menurut pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu, dia rasa sangat teruja kerana dapat bergabung bersama Aina Abdul diatas satu pentas kerana dia sangat menyukai suara dan gaya nyanyiannya.
“Saya selalu bermimpi untuk menyanyi bersama penyanyi Malaysia, mungkin juga memiliki single bersama.
“Tapi saya sangat bahagia apabila kerana konsert saya nanti pada 31 Mei ini saya akan dapat menyanyi bersama Aina Abdul. Saya sangat suka dengan style dan suaranya, jadi saya bersyukur kerana dia menerima pelawaan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Melly juga turut berterima kasih kepada pihak penganjur, Icon Entertaiment kerana merealisasikan impiannya.
“Terima kasih Iman Tang sudah merialisasikan impian saya,” tambahnya.
Selain Aina, pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan Dinda Dania juga bakal hadir ke Malaysia sebagai tetamu istimewa sempena konsert Ada Apa Dengan Melly ‘Prom Nite’.
Konsert Melly Goeslaw yang bertemakan 'Prom Nite' akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 31 Mei.
Peminat yang ingin menari bersama Melly boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my
Melly sebelum ini mencipta sejarah dan fenomena menerusi penganjuran dua konsertnya di Malaysia iaitu Ada Apa Dengan Melly (Back To School) serta Ada Apa Dengan Melly Friends (Malam Graduasi) masing-masing pada Feb 2023 dan Jun 2024.