“Memang Mengundang!” - Wargamaya Rindu Nak Melancong Lepas Menonton Gracias Barcelona
Azwa Rahman
29/01/2022 05:12 MYT
29/01/2022 05:12 MYT
Sebuah filem romantik drama berjudul Gracias Barcelona telahl menemui penonton bermula 13 Januari ini di pawagam rumah anda, platform Astro First saluran 480.
Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama aktor hebat, Kamal Adli.
Menerusi perkongsian seorang wargamaya di laman sosial, menonton filem tersebut membuatkan dia rindu untuk pergi melancong.
“Gila lama tak travel, tiba-tiba keluar pula filem Gracias Barcelona. Memang mengundangkan!” tulis wargamaya tersebut.
Gracias Barcelona menjalani sesi penggambaran di Barcelona, Sepanyol dan tentunya ia memaparkan sinematografi menarik buat tontonan.
Antara lokasi popular yang menjadi latar seperti La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic.
Malah, ia dipadatkan lagi dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada pengalaman pelajar ketika berada di negara asing dan cabaran kembali ke tanah air untuk memulakan perjalanan kehidupan baru.
Sementara itu, selain pelakon Fathia Latiff sebagai Fathia dan Kamal Adli sebagai Kamal, barisan pelakon lain yang turut menggerakkan jalan cerita ini adalah pelakon Afiq Muiz (sebagai orang ketiga), Bell Ngasri (rakan baik Kamal) dan Aleza Shadan (ibu Fathia).
Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.
Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?
Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.