Aksi beauty vlogger dari Indonesia, Nganjuk Rahmawati Kekeyi Putri atau Kekeyi yang menjelma menjadi Snow White baru baru ini sekali lagi telah mencuri perhatian netizen.

Hal ini kerana, lewat beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Kekeyi yang lengkap berdandan dan berpakaian kostum Snow White dilihat mengambil inspirasi babak sang puteri yang tengah tertidur sambil dikelilingi haiwan peliharaannya seperti arnab dan kancil.

Namun, untuk versi Kekeyi, dia yang dilihat terbaring di halaman rumah konon konon telah terkena sumpahan dikelilingi oleh haiwan peliharannya.

Haiwan haiwan tersebut termasuklah ayam, angsa, kucing dan ayam Turkey. Kekeyi pula dilihat terbaring di tempat tidur yang dipenuhi taburan bunga mawar sambil menunggu untuk dibangunkan oleh haiwan peliharaannya.

"Selamat pagi sahabat, saya sangat gembira pagi ini kerana dibangunkan oleh haiwan peliharaanku. Selamat beraktiviti dan berbahagia," tulis Kekeyi pada foto tersebut.



Dan seperti biasa, foto yang dimuat naik itu menerima beragam respons daripada netizen.

Malah seorang netizen yang menggunakan nama @pandu ananda88 mengatakan Kekeyi tak ubah seperti mayat.

"Kamu seperti mayat, sahabat," tulisnya.

Sementara yang lainnya menuliskan: "Saya ingat ini mayat!"

Namun ada juga netizen yang membela Kekeyi dengan meminta pengguna media sosial yang lain tidak meninggalkan kata kata kesat atau yang tak baik buat perempuan ini.