Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Memang Pedas Tapi Geram Sangat…” - Reen Rahim Ulas Isu Ibu Bapa Pilih Kasih Disalah Erti

Ainun
07/10/2024 12:55 MYT
Pelakon Reen Rahim menegur tindakan segelintir anak yang mengkritik dan memburukkan ibu bapa mereka dengan alasan tidak mendapat layanan yang baik.

Reen, atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, menasihati golongan tersebut agar sentiasa menjaga kebajikan ibu bapa walaupun berasa terkilan dengan sikap mereka.

“Saya tidak menyangka kapsyen saya telah menarik perhatian mereka yang dipinggirkan oleh ibu bapa kerana sikap pilih kasih.

“Jangan terlalu memendam rasa, berundur seketika, dan jagalah hati anda. Namun, tanggungjawab sebagai seorang anak tetap perlu dilaksanakan. Lakukanlah semua itu walaupun tidak dihargai,” jelasnya.


Pada masa yang sama, pelakon yang terkenal dengan drama Pujaan Hati Kanda itu turut membidas tindakan ibu bapa yang suka mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anak.

“Saya ingin memberi nasihat kepada ibu bapa yang bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Saya tahu perkara ini memang pedas tapi saya sangat geram bila ibu bapa membuli anak yang lain dengan mengarahkan mereka melakukan pelbagai tugas, manakala anak emas langsung tidak boleh ditegur. Kalau ada yang terasa, itu memang salah anda sendiri,” katanya.

Reen berkongsi isu ini menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Isnin.

Jelas Reen lagi, dia menegaskan kepada golongan tersebut bahawa keredaan Allah S.W.T adalah kunci ketenangan hidup dalam setiap manusia.

“Jika kita teruskan perbuatan tersebut dengan penuh keredaan Allah S.W.T., hati kita akan tenang dan rezeki akan datang dengan melimpah-ruah.

“Dalam hidup ini, kita bukan memerlukan kekayaan, tetapi ketenangan, keberkatan, dan keredaan Allah, yang pasti mencukupi untuk kehidupan kita.


“Jadi, apa pun yang kita lakukan, lakukanlah dengan keberkatan Allah S.W.T.,” katanya.

Meskipun masih terasa dengan tindakan ibu bapa yang bersikap pilih kasih, Reen turut menasihati anak-anak di luar sana supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Biarpun tidak mendapat doa daripada mereka, namun mendapat keredaan Allah S.W.T. sudah mencukupi

“Jika anda rasa berpuak-puak dan memprotes akan memberi kepuasan, sebenarnya itu salah. Biarlah apa pun yang ibu bapa anda lakukan, anda tetap harus berbuat baik kepada mereka.

“Jika tidak mendapat doa dari mereka, insya-Allah, anda akan mendapat reda dari Allah S.W.T,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nsyuz”

BERITA TRENDING: “Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

BERITA TRENDING: Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”

BERITA TRENDING: Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah


Terdahulu, Reen Rahim pernah mengeluarkan kenyataan mengenai sebuah video keluarga yang pilih kasih terhadap anak-anak.

#Anak #Reen Rahim #Ibu #Bapa #Pedas #Kasih #Geram #Pilih #Reen
;