Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Memang Perlu Datang 4 Jam Awal Untuk…”- Mila Jirin Kongsi Tip & Prosedur Bercuti Ke Langkawi

Syafiqah Jalal
13/10/2021 09:45 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berkongsi prosedur dari pengalamannya yang bercuti ke Langkawi dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Mila memberitahu mereka perlu datang empat jam awal untuk urusan penerbangan dan prosedur baharu sebelum menaiki penerbangan.

Pelantun lagu Persis Mutiara itu berkongsi pengalaman baharu itu di akaun Instagram miliknya.

“Memang perlu datang 4 jam awal untuk urusan check in flight tiket dan drop baggage. Pengalaman baru travel ke Langkawi.

“Sampai di airport, scan My Sejahtera dan di depan pintu masuk utama Polis bertugas dah semak status vaksin dan jika dah buat RTK.

“Jika dah jalankan RTK boleh terus ke kaunter check in / drop off baggage. Jika belum buat RTK perlu buat saliva self-test di airport.

"Saya dah self check in dirumah dan print out bording pass, so dapatlah skip long que di kaunter check in dan terus ke kaunter Drop Baggage.

“Sewaktu di kaunter drop off, dokumentasi di semak sekali lagi. Mykad, RTK Document, MySejahtera (Perlu refresh Mysejahtera kepada tarikh departure) dan hotel booking info,”
kongsinya.

Sementara itu, Mila mengingatkan sesiapa yang mempunyai keputusan ujian positif Covid-19 tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan sekaligus melancong ke Langkawi.

“Sambil tunggu PIC bertugas uruskan baggage, saya tanya... jika orang yang buat Saliva Test, buat dibahagian mana?? Diterangkan kepada saya dibahagian tengah.

“Saliva test kit perlu dibeli dan sekiranya ada yang positive tidak dibenarkan terbang dan diarahkan pulang.

“Sejurus selesai urusan drop baggage, dibahagian Airport Security Scanner sekali lagi disemak MyKad, MySejahtera dan RTK Dokumen / Saliva Test Result

“Sampai di depature gate, pegawai bertugas memberi arahan untuk scan TRACK APM dan isikan semua maklumat yang diperlukan sepanjang kunjungan ke Langkawi,”
terangnya.

Berkongsi pengalamannya di dalam pesawat pula, Mila memberitahu dia penjarakan tempat duduk dan penumpang perlu sentiasa memakai pelitup muka.

“Dalam flight tak ada apa apa dokumen lain disemak selain daripada dokumen biasa boarding pass dan mykad.

“So far dalam flight 100% capasity (tiada penjarakan tempat duduk) dan semua wajib guna mask kecuali waktu makan boleh buka mask.. Flight sanitize before and after the trip seperti yang dinyatakan oleh anak kapal,”
beritahunya.

Tambah Mila lagi, tibanya di Langkawi tiada lagi pemeriksaan dokumen dan sebagainya tetapi penyanyi itu memuji kawalan ketat yang dilakukan di lapangan terbang.

“Kawalan ketat di Airport dalam menyemak My Sejahtera dan dokumen adalah amat dipuji,” pujinya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Penyanyi #Mila Jirin #Bercuti #Langkawi #Rentas Negeri
;