Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpuas hati kerana dapat membantu 5,000 buah keluarga di Muar semalam.

Bantuan Food Bank itu diberikan selepas menerima permohonan bantuan hampir 150 buah keluarga sehari.
“Memang puas dapat tengok semua barangan selamat sampai ke Muar.

“Foodbank ini untuk 5,000 keluarga Parlimen Muar. Setiap hari, dekat 150+ keluarga datang ke pejabat mohon bantuan.

“Terima kasih ramai yang sokong Muar!,” katanya.

Syed Sadiq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Syed Sadiq memuat naik rakaman video beberapa lori dan kontena yang membawa bantuan makanan asas seperti beras, tepung, biskut, kicap dan banyak lagi.

Syed Sadiq dilaporan telah membelanjakan RM300,000 peruntukan untuk bantuan tersebut.

Sehingga kini muat naik tersebut telah menerima ribuan tanda suka selain ulasan yang memuji usaha dilakukan Syed Saddiq yang wajar dicontohi wakil rakyat yang lain.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)