Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Memang Rancang 10 Tahun Bersama Ke Tanah Suci” - Lan Solo Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Syafiqah Jalal
06/12/2019 09:27 MYT
Penyanyi Lan Solo menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri Nur Sheila Hassim yang ke-10 semalam.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 10 tahun bersama Sheila adalah sangat istimewa dan bersyukur kerana mereka dapat bersama-sama ke tanah suci mengerjakan umrah.

“10 tahun teristimewa.. Allah jaga.

“Memang plan rezeki 10 tahun bersama nak ke tanah suci.. Alhamdulillah Dia bagi.. yang tak siap lagi tu Insya-Allah Dia akan bagi juga tu… Don’t worry k sayang!

“Kita usaha ja macam mana kita sentiasa berusaha mengukuhkan lagi mahligai bahagia kita ni ya.. Insya-Allah ada rezeki kita nanti.. Aaamiiinnn” tulisnya.

Lan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama keluarga ketika mengerjakan umrah.

Lan dan isteri serta  empat cahaya mata iaitu Nur Aman Qaleesya, 7; Nur Amna Qeesyara, 5; Muhammad Akid Qassyaff, 4, dan Nur Amna Quxandra, 1 mengerjakan umrah pada September lalu.

Pasangan itu dihujani ucapan tahniah dan doa agar mereka kekal bahagia hingga akhirnya.

Lan dan Sheila difahamkan sudah berkenalan dan bersama sejak 20 tahun lalu.
 
#Kahwin #Penyanyi #Kahwin #Penyanyi #Lan Solo