Viral
Memang Rare! Tiada Kenduri Nasi Minyak, Pengantin Terus Bawa Tetamu Makan 'Steamboat' Lepas Akad Nikah – “Weh Inilah Dream Wedding Aku”
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan sepasang pengantin menganjurkan majlis akad nikah baru-baru ini.
Nikah Simple & Rare
Menerusi video yang tular, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, pasangan pengantin tersebut membawa keluarga mereka ke restoran makanan popular di sebuah pusat beli-belah selepas selesai majlis akad nikah.
“Wedding nikah simple and rare,” tulis pengantin perempuan tersebut.
Bil Cecah RM900
Dalam pada itu, pengantin perempuan tersebut turut memaklumkan mereka sekeluarga memang merancang untuk ke restoran tersebut usai majlis.
Malah, pengantin perempuan tersebut turut memaklumkan majlis persandingan bakal diadakan nanti.
“Kita orang pergi walkin je lepas settle akad nikah terus pergi makan. Memang kitorang plan nak makan sana.
“Jangan risau, Insya-Allah kita akan buat juga majlis ya,” ujarnya lagi.
Pengantin lelaki turut mendedahkan bill makanan adalah sebanyak RM832.
undefined
Netizen Cakap Idea Menarik, Mahu Cuba
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Ada juga yang memuji idea pasangan pengantin tersebut.
“Ni rare, aku dulu wedding tak ada buat majlis. Lepas akad nikah petang, malam tu makan buffet dekat restoran. Tapi ini Sukiya weh,” tulis netizen.
“Ada sebab kenapa tok nenek kita haidangkan nasi minyak time kenduri. Jangan nak pandai-pandai tukar menu,” komen netizen.
“Peh dia bawak rombongan,” tulis netizen.
“Weh ini lah wedding dream aku. Aku rimas wedding yang beira sanding bagai makan beradap,” luah netizen lain.
“Sumpah teringin nak buat gini daripada jemput ramai orang,” tulis netizen lagi.
“Menariknya idea ini lagi 10 tahun saya buat macam ni,” seloroh netizen.