Hiburan
“Memang Sah Baby Sumbing, Still Comel Dan Paling Utama Sihat” – Isteri Lan Solo
Isteri kepada penyanyi yang juga bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4), Lan Solo, Sheila memberitahu doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya sumbing.
Bagaimanapun kata Sheila, dia tidak kisah mengenai keadaan fizikal tersebut asalkan anak kesayangannya itu sihat.
Sheila menerusi entri di IGnya berkongsi foto imbasan kandungan yang menunjukkan bahagian sumbing berkenaan.
“Lama KY tak update psl baby kan. Alhamdulillah dah #33weeks. Baby sihat dan aktif sangat-sangat! Ok, ini latest scan 4D yang baru kami buat.
“Memang SAH & CONFIRM baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate skali dan ukuran cleft tu pun sangat kecik. 0.33cm sahaja still comel!
“Semua tu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan baby dan mommy.
“Oh ye, she's a GIRL! So @lansolo_official ada 3 anak dara dan 1 mak dara untuk dijaga hatinya haha ini bermakna kuota 4 dah FULL!” tulisnya.
Dalam pada itu, Sheila juga memberitahu ibu bapa perlu berfikiran positif dan berasa bangga kerana dianugerahkan anak istimewa.
“Dear mom & dad out there.. kita perlu BANGGA bila kita dapat anugerah baby special ni dari Allah. Allah bagi extra income untuk kita tambah pahala sebab?
“Diuji kesabaran kita - pahala. Diperkatakan tentang anak - pahala. Diumpat - pahala. Dikeji - pahala. See.. Allah bagi kelebihan then ENJOY IT mom! Positif. #LanSolo #LAN #AnakAnakLanSolo #AnakDaraKetiga #CleftBaby,” tulis Sheila.
Foto: Instagram @sheilarazlan