Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Memang Sakit Kehilangan Ibu, Raya Tahun Ni Tak Sama…” – Serina Redzuawan Rindu Mama

Mya Amri 06/04/2020 | 09:15 MYT
Pelakon Serina Redzuawan mengakui bakal menyambut kedatangan Syawal tanpa kehadiran ibu tersayang ternyata amat sukar buat dirinya.
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah ibunya, Hajah Norhayate Ayub, kehilangan insan tersayang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam.
Menerusi coretan yang dimuat naik di posting terbaru akaun Instagramnya itu, Serina berkongsi momen manis bersama arwah ibunya.
“Mama sentiasa hidup di hati Rina, memang sakit kehilangan Ibu yang kita cintai, sepanjang arwah sakit Rina dapat berbakti menjaga mama dan uruskan mama dialysis.
“Terima kasih Allah beri peluang dan momen indah bersama arwah mama. Bila kena angkat mama dari kerusi roda ke kereta, Rina risau mama jatuh, mama agak berat.
“Tapi mama selalu kata anak mama ni kuat! Itulah buat semangat angkat mama. She trust me!
“Terbayang selalu mama suka sangat makan sedap-sedap, bila dia makan dia nampak gembira. Mama suka sangat kucing.
“Kalau nak bawa dia keluar dari rumah lama sikit dia risau kucing dia tak makan. Raya tahun lepas mama request nak makan soto ayam, jadi Rina masakkan.
“Video mama makan sambil puji sedap akan jadi kenangan terindah buat Rina. Tahun ni raya tak sama lagi mama telah pergi di jemput Allah SWT yang lebih menyayangi mama.
“Tenanglah mama di alam yang abadi. Ina jua akan menyusul nanti. Moga segala amalan mama di terima Allah dan bertemu kita di syurga Firdaus. Rina terlalu merindui mama.
“AL-FATIHAH… HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH. 18/3/2020,” tulisnya.

Mama sentiasa hidup di hati Rina, memang sakit kehilangan Ibu yang kita cintai, sepanjang arwah sakit rina dapat berbakti menjaga mama & uruskan mama dialisis, Terima kasih Allah beri peluang dan momen indah bersama arwah mama, Bila kena angkat mama dari kerusi roda ke kereta, Rina risau mama jatuh, mama agak berat. Tapi mama selalu kata anak mama ni kuat!! Itulah buat semangat angkat mama.She trust me! Terima Kasih juga my staff Aidah, farah & Teha serta staff di Dialisis Islah yg bersama menjaga mama & Uruskan arwah mama.Terbayang selalu mama suka sangat makan sedap sedap , bila dia makan dia nampak happy. Mama suka sangat kucing. Kalau nak bawak dia keluar dari rumah lama sikit dia risau kucing dia tak makan. Last year raya mama request nak Makan soto ayam , so rina masakkan..video mama makan sambil puji sedap akan jadi kenangan terindah buat Rina. Tahun ni raya tak sama lagi mama telah pergi di jemput Allah SWT yg lebih menyayangi mama. Tenanglah mama di alam yang abadi. Ina jua akan menyusul nanti .Moga segala amalan mama di terima Allah dan bertemu kita di syurga firdaus. Rina terlalu merindui mama. AL FATIHAH..HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH.??? 18/3/2020.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

Terdahulu, ibu Serina yang juga merupakan bekas isteri cef selebriti, Chef Wan, Hajah Norhayate Ayub meninggal dunia di Hospital Ampang pada 18 Mac lalu kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung.
#Serina Redzuawan
;