“Memang Salah Saya…” - Perbezaan Personaliti Punca Persahabatan Kwanghee, G-Dragon Renggang
Mya Amri
30/01/2019 10:55 MYT
30/01/2019 10:55 MYT
Penyanyi, Kwanghee mendedahkan hubungan persahabatannya dengan anggota kumpulan K-pop popular BIGBANG, G-Dragon tidak lagi rapat.
Menerusi rancangan Amazing Saturday baru-baru ini, Kwanghee memberitahu dia juga sudah lama tidak menghubungi G-Dragon.
Tambah Kwanghee lagi, perbezaan personaliti antara mereka berdua membuatkan hubungan persahabatan itu menjadi renggang.
“Kami menjadi rapat selepas menjalani penggambaran untuk rancangan realiti Infinite Challenge Music Festival.
“Pada ketika itu saya fikirkan mungkin hubungan persahabatan kami akan kekal selama-lamanya, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.
“G-Dragon seorang pendiam dan mempunyai personaitli yang agak tenang manakala saya pula seorang yang agresif dan periang.
“Kami tidak mempunyai keserasian dan disebabkan saya sering mengganggunya saya rasa perkara itu membuatkan hubungan kami secara perlahan-lahan menjadi tidak rapat seperti dahulu. Memang salah saya sebenarnya,” katanya
Terdahulu, Kwanghee dan G-Dragon sememangya dikenali sebagai teman rapat sejak mereka terlibat dengan program Infinite Challenge.
Sumber: Soompi