LAMAN UTAMA
"Memang Sampah" - Adibah Noor Akui Nyanyian & Interpretasi Tersasar Teruk, Dikir Barat Tak Salah!
Kecewa dengan persembahannya pada konsert Ahad lalu, bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Adibah Noor tidak mahu elemen dikir barat dipersalahkan.
Adibah sebaliknya menyifatkan interpretasi dan cara nyanyiannya menjadi faktor utama persembahannya tidak begitu memuaskan.
"Tiada apa yang salah dengan elemen dikir barat. Tersasar teruk adalah interpretasi dan cara saya menyanyi, memang sampah!," katanya.
Jelasnya, dia sendiri 'tepuk dahi' apabila menonton kembali persembahan menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku nyanyian Hetty Koes Endang.
"Tepuk dahi, kenapa saya buat macam tu. Alhamdulillah, masih ada peluang buat saya. Insya-Allah.
"Terima kasih atas maklum balas, kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan. Jumpa Ahad ni okay," katanya.
Adibah berkata demikian menerusi beberapa posting di platform media sosialnya.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya meminta supaya Adibah Noor kekal bersemangat dan tidak putus asa.
Kebanyakan mereka mahukan penyanyi bersuara lantang itu supaya bangkit dan membuat 'comeback' pada Ahad ini.
Terdahulu, Adibah akui persembahannya menyampaikan lagu Berdiri Bulu Romaku malam semalam agak teruk.
Susulan itu, dia dengan terbuka hati menerima markah yang telah diberi oleh pihak juri.
Untuk rekod, semalam penyanyi rock Bandi Amuk menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) keempat yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh.
Bandi mendapat markah 53.8% gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.
BACA : GV8: Berdepan Masalah Intonasi, Bandi Amuk Tersingkir Minggu Ke-7! Markah Tipis Dengan…
Must-Watch Video