“Memang Saya Tak Pernah Memilih Pun” - Zara Zya
Asyikin Mayudin
10/03/2024 13:55 MYT
10/03/2024 13:55 MYT
Lebih 15 tahun dalam dunia lakonan, pelakon Zara Zya memberitahu dia tidak pernah selektif dalam pemilihan watak yang diterima.
BERITA TRENDING: Pernah Bergelar Tunang, Hafreez Adam & Zara Zya Tak Kekok Bersua Muka - "Kita Ada Minta Maaf"
Malah, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, sentiasa terbuka menerima sebarang tawaran kerana menganggap ia salah satu batu lonjatan untuknya dalam industri seni.
“So far dari dulu saya tak pernah memilih watak. Alhamdulillah, naskhah-naskhah yang saya dapat semuanya bagus-bagus. Itu merupakan batu lonjatan saya sendiri.
“Memang saya tak pernah memilih pun. Apa yang orang tawarkan, kalau ada kesempatan untuk saya jayakan, saya akan buat,” kata Zara kepada Gempak.
Zara ditemui ketika majlis sidang media Ramadan Astro yang diadakan di M Resort & Hotel, Petaling Jaya pada baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zara turut berkata dia juga tidak kisah sekiranya ditawarkan untuk memegang watak yang sama sahaja memandangkan jalan cerita drama Melayu lebih kurang sama.
“Saya memang tak kisah (watak sama)… sebab orang Malaysia sendiri tengok drama-drama yang hampir sama. Nak kata watak sama atau lebih kurang ke, memang ya… sebab itu yang disajikan.
“Memang itu yang menjadi tontonan. Jadi, nak tak nak, saya terima saja la,” ujar Zara yang kini sedang mempromosikan lagu duet bersama jurusolek terkenal Datuk Seri Alha Alfa berjudul Cinta Agung.