Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dapat pulang bertemu dengan anaknya di Sarawak yang sepatutnya dijadual penerbangannya pada awal bulan ini.

Menurut Faye, dia terpaksa melupakan hasratnya itu apabila perlu menghabiskan baki penggambaran sebuah drama yang dibintanginya sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran kepada penggiat seni.

"Sepatutnya saya balik ke Miri nak jumpa anak sebab dah lama sangat tak jumpa. Terpaksa burn sahajalah tiket penerbangan yang dah dibeli sebelum ini sebab saya dah dipanggil semula untuk menjalani penggambaran.

"Lagipun, kita sudah terikat dengan kontrak, nak tak nak kena ikut. Tambahan pula saya tak mahu menyusahkan pihak produksi. Kalau saya balik Sarawak, nanti saya hanya boleh balik sini pada Julai sebab penerbangan terhad," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurutnya lagi, impiannya untuk bertemu anaknya yang sudah lama ditinggalkan bersama keluarga di kampung punah.

"Memang sedih..kecewa..sebab lama sangat dah tak jumpa anak. Tiga hari menangis.

"Jadi, memang raya kali ini, saya berdua dengan suami sahaja," ceritanya yang kini di Kuala Lumpur.



Sebelum ini, Faye mendedahkan kali terakhir dia dapat berjumpa dengan anaknya adalah pada awal tahun.

BACA:"Kali Terakhir Dapat Jumpa Anak Awal Tahun" - Faye Kusairi Sambut Raya Dengan Suami, Dapat Kebenaran Balik Sarawak Jun Depan

Dalam pada itu, kata Faye, selepas ini, kos buatnya sebagai untuk pulang ke Sarawak semakin bertambah apabila perlu melakukan ujian Covid-19.

"Kerajaan Sarawak dah umum perlu buat saringan ujian Covid-19 sebelum masuk ke sana. Semestinya perlu buat saringan di hospital swasta yang menelan kos paling sikit RM300.

"Saya rasa ini agak membebankan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergaji rendah. Nak pulang jumpa anak atau keluarga di sana mungkin menelan belanja lebih RM1,000. Apatah lagi sekarang ramai yang hilang punca pendapatan," katanya.

Luahan itu turut dikongsikannya menerusi satu entri di Instagram.

I can’t sleep thinking about this. Giney gaya orang Sarawak nok poket sik berapa mok tebal gilak have to bare extra cost for this test di Hospital swasta? Nok sikda simptom sikkan dilayan mun mok ngambik test di hospital kerajaan as they are tied up with work loads udah. So the only opt is hospital swasta lah..... nok berbayar ya. And I’m pretty sure the cost is high. Perhaps takes 3 - 7 days to wait for the result. Untung mun dpt within 3 days. Mun dpt in 7 days, apa cita.... burn la ticket flight? Ktk mok byr balit ka flight ticket ya??? . . As much as I respect my beloved Sarawak goverment, I see this quite absord. Orang baru mok bernyawa balit, bok nak merasa dapat balit jumpa anak ka family sinun, dah mok kenak bare extra cost kedak tok. . . Kakya do we still have to apply wtv we need to do at SDMC website ya lagik? Apa info mun kmk orang nok mok kenak balit KL gik atas dasar kerja lah? Mok kenak ambik test lagik ka giney? Beriklah terang2 info ya supaya sikda salah paham or miscommunication for us Sarawakians here in Semenanjung. . . Biol palak ku eh. Sik dapat tido mikir hal tok. Kuatan ku tek mikir mok balit jumpa anak lekak habis shooting tok. Berbulan dah sik jumpa anak. Kmk tok bukan mok jumpa gerek, mok jumpa anak and parents. Bukan suka2 nak balit bah. Sebab2 berurusan. Stress eh!!!!!!!!

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi) on


Faye mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein pada November 2014 sebelum mereka berpisah setahun kemudian.

Saksikan drama lakonan Faye Kusairi di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!