Hiburan
“Memang Sengaja Naikkan Berat” – Win! Yoo Seung Ho Jawab Komen Badan Dah Naik
Pelakon Korea terkenal, Yoo Seung Ho mengakui sengaja menaikkan berat badannya semata-mata untuk drama terbaru, Memorist.
Seung Ho memaklumkan perkara itu menerusi posting di Insta Story miliknya.
“Memang saya sengaja menaikkan berat badan untuk drama terbaru kerana saya memainkan watak sebagai seorang anggota polis. Saya juga tahu selain badan wajah saya juga kelihatan berisi,” tulisnya.
Bagaimanapun, Insta Story itu kemudiannya telah dipadamkan.
Dalam pada itu, pihak produksi juga turut mengagumi inisiatif Seung Ho yang sanggup menaikkan beratnya hanya untuk mendalami watak.
“Sebelum memula penggambaran Seung Ho telah memberi cadangan untuk menaikkan beratnya supaya bersesuaian dengan karakter yang dibawa.
“Memang benar dia sengaja melakukannya, dia juga menjalani latihan kecergasan untuk menjadi detektif Dong Baek.
“Sewaktu sesi perbincangan sebelum bermulanya penggambaran, dia berasa amat risau dan khuatir jika fizikalnya tidak memenuhi syarat sebagai detektik Dong Baek.
“Jadi dia mengambil inisiatif sendiri dan memberikan proposal mengenai perkara itu dan pihak produksi juga bersetuju dengannya.
“Pihak produksi juga sangat berterima kasih dengan sikap profesional yang ditunjukkan sebagai seorang pelakon,” jelas ketua produksi, So Jae Hyun.
Terdahulu, perubahan bentuk badan Seung Ho telah menarik perhatian netizen dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Saksikan Memorist yang bersiaran setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.45 malam di tvN (saluran 395) dan aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video