Hiburan
"Memang Suka Kalau Orang Bercerai-Berai?" - Siti Sarah Bengang Dengan Siapa?
Penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan blog hiburan yang mencetuskan provokasi terhadap keharmonian rumah tangganya bersama Shuib.
Jelas Sarah yang merujuk kepada sebuah blog hiburan semalam, penulisan tajuk berunsur fitnah mengenai suaminya dan pengacara Jihan boleh menjejaskan hubungan beberapa pihak lain.
"Kadang-kadang cara menulis biar ada sifat belas kasihan pada orang lain. Jangan kerana sesuap nasi awak sanggup bagi headline yg menganiaya orang lain
"Kawan wartawan lain pun banyak yang 'pick up' jugak kisah ini tetapi semua faham tajuk yang bahaya macam ni orang tak pakai!
"Lagi mereka berdua ni sudah menikah dan sudah ada anak! Jangan lah sebab penulisan awak ni keluarga orang kucar-kacir!
"Apa niat awak tulis tajuk macam ni? Awak memang sukakah kalau orang bercerai berai? Puas ke hati awak?
"Sukakah tengok anak-anak kecil tak ada mak tak ada bapa? Puas hati awak!" tulis Sarah panjang lebar menerusi entri di Instagramnya.
Artikel yang dikeluarkan oleh blog hiburan terbabit menyiarkan komen antara Shuib dan Jihan menerusi sebuah posting baru-baru ini.
Biarpun sekadar berseloroh, tindakan kedua-dua pelawak itu dianggap serius bagi sesetengah pihak dan judul artikel tersebut seolah-olah memberikan ruang untuk netizen membuat pelbagai spekulasi.
Must-Watch Video