Penyanyi Ernie Zakri berpuas hati dengan hasil alih suara (dubbing) watak Bawang Putih dan Bawang Merah dalam filem terbaharu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam.
Jelas Ernie, biarpun perlu berulang-alik beberapa kali selama berminggu-minggu demi menjayakan rakaman suara itu, usaha itu dirasakan berbaloi.
"Saya berpuas hati bahagian saya sebab saya tahu betapa susahnya nak buat.
"Dalam filem itu saya membawa watak Bawang Putih dan Bawang Merah, tidaklah watak utama tetapi ini satu platform terbaik juga untuk saya menjadi pelakon suara.
"Sebelum ini saya pernah menyumbangkan suara untuk watak kartun tetapi untuk filem ini saya perlu buat suara sendiri. Ia peluang yang sangat menyeronokkan!" katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ernie mendedahkan dia banyak membuat kajian menerusi sesi ujibakat watak Disney pelakon-pelakon di luar negara terutama di Amerika Syarikat.
"Saya banyak tengok research pelakon suara buat terutamanya di Amerika Syarikat menerusi ujibakat karakter Disney audition.
"Memang susah sebab kita tak boleh nak react depan kamera memandangkan orang tak nampak, orang kena dengar suara audio.
"Tapi Alhamdulillah, proses rakaman pun bukan sekejap, lepas seminggu datang balik touch up lagi dan lagi.
"Jadi berkat datang banyak kali itu dengar ada impak sikit," tambahnya.
Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang mula ditayangkan sejak minggu lalu mendapat respons positif daripada penonton dan menyalurkan mesej berguna buat golongan cilik.
Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharu Ernie, penyanyi genit itu bakal berkolaborasi dengan Syamel untuk menjayakan acara amal An Afternoon Elegance With Syamel & Ernie Zakri - When Heart Needs A Beat yang akan berlangsung pada 24 April nanti di Hotel Marriot Putrajaya.
Bertemakan klasik elegan, tetamu istimewa bakal dihiburkan dengan persembahan kedua-dua penyanyi bersuara merdu itu.
Tiket boleh dibeli secara individu atau berkumpulan menerusi tempahan meja di talian 018-2993868.
Amri Hassan
Mon Apr 01 2019

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.