Laman Utama
Memasak Bersama Fara Fauzana, Nana Mahazan Menangis Gara-Gara...
Bermula Khamis minggu lalu, NAURA telah membawakan kepada anda program masakan terbaru iaitu Sedapur Bersama Nana Mahazan.
Episod pertama itu sudah tentu menghiburkan para penonton dengan resipi serta nilai perhubungan yang dikongsi oleh Nana bersama tetamu jemputan.
Untuk episod kedua minggu ini, Sedapur Bersama Nana Mahazan akan menampilkan Fara Fauzana sebagai tetamu jemputan.
Menariknya dalam episod ini, anda akan menyaksikan Nana mengalirkan air mata ketika mendoakan kebahagiaan untuk rakan lamanya itu.
Malah, Fara juga mendedahkan dia pernah membenci Nana kerana rakannya itu tidak fokus dalam mencintai diri sendiri.
Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Sedapur Bersama Nana Mahazan pada setiap Khamis, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Selain Fara Fauzana, program masakan ini turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Raqeem Brian, Reza Mohamed, Nila Kurnia dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!